Bersatu dakwa Umno, Pas eksploitasi sentimen Melayu-Islam, akui perlu ‘game changer’

KUALA LUMPUR — Bersatu mendakwa Umno dan Pas mengeksploitasi sentimen Melayu-Islam untuk mengekalkan sokongan politik, sambil mengakui parti itu memerlukan perubahan strategi besar atau game changer bagi memulihkan sokongan rakyat selepas PRN Melaka.

Dalam kenyataan pada Isnin, Bersatu menyifatkan naratif Melayu-Islam yang dimainkan kedua-dua parti tidak relevan di Melaka kerana negeri itu ditadbir Umno-BN sepanjang lima tahun lalu.

Sebaliknya, naratif berkenaan didakwa digunakan untuk mengalihkan perhatian daripada kelemahan kerajaan negeri menangani masalah rakyat.

Bersatu menyatakan pencapaian calonnya di Pantai Kundor yang memperoleh lebih 6,000 undi atau 40.8 peratus, selain lebih 2,000 undi di Lendu, Bemban dan Sungai Udang, sebagai bukti parti itu masih mempunyai sokongan dalam kalangan pengundi Melayu yang mengutamakan integriti dan menolak rasuah.

Parti itu turut mendakwa Umnk kekal relevan kerana kedudukannya dalam kerajaan Persekutuan dan negeri yang memberikannya akses kepada kuasa, dana serta sumber kerajaan.

Pas dan Wawasan pula dikatakan bergantung kepada kekuatan Umnk serta penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) untuk meraih sokongan.

Pada masa sama, Bersatu menyindir bekas pemimpin dan wakil rakyat yang meninggalkan parti atau menyokong Wawasan demi kepentingan peribadi, selain mendakwa tindakan itu melanggar disiplin parti dan baiah.

Bagaimanapun, Bersatu mengakui perlu melakukan perubahan strategi bagi meyakinkan semula pengundi, dengan berikrar membina kekuatan melalui integriti, prinsip dan kerja keras meskipun tanpa jawatan kerajaan serta akses kepada sumber seperti Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat