DAP hargai mandat rakyat, menang 4 DUN di Melaka

MELAKA – DAP menghargai mandat rakyat Melaka yang memberikan kemenangan di empat DUN, iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

“Terima kasih, rakyat Melaka! DAP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka 2026.

“Kami amat menghargai mandat yang diberikan di empat DUN, iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

“Kepercayaan ini merupakan amanah besar yang akan terus kami galas dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan rakyat,” kata DAP dalam kenyataan media.

Menurut DAP lagi, keputusan PRN Melaka kali ini menjadi pembakar semangat untuk parti itu terus bekerja lebih keras, memperkukuh khidmat kepada masyarakat dan memperjuangkan masa depan Melaka yang lebih baik.

“Melaka Rumah Kita. Perjuangan diteruskan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat