PH sasar 75 peratus keluar mengundi PRN Melaka – Adly

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) menyasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan komitmen pengundi, termasuk mereka yang berada di luar negeri dan luar negara untuk pulang mengundi.

Beliau berkata, kadar keluar mengundi awal pada 10 November lalu mencatatkan 94.96 peratus, sekali gus menjadi antara petunjuk penyertaan pengundi dalam PRN kali ini.

“Secara puratanya kita yakin bahawa kita tak ada halangan untuk kita keluar mengundi dan kalau kita lihat pun dari segi isu-isu yang terkait dengan halangan, contohnya ada setengah-setengah negeri itu banjir dan sebagainya, ia tidak mengganggu Melaka buat masa ini,” katanya pada sidang media sempena hari terakhir kempen PH.

Menurut Adly, hampir 30 peratus pengundi di Melaka berada di luar negeri, termasuk di Lembah Klang dan kawasan selatan tanah air.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengundi yang sanggup pulang dari luar negara semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka.

“Saya fikir kita di Melaka ini ada warga yang cukup bertanggungjawab. Kalau kita nak bandingkan dengan satu undi dan tak ada siapa pun nak bayar orang balik daripada Perancis.

“Tapi atas rasa kebertanggungjawaban mereka kepada negeri, kepada masa depan negeri kita, itu amat kita hargai,” katanya.

Adly berkata, keadaan cuaca yang mungkin hujan pada waktu pagi dan petang juga diambil kira, namun PH berharap pengundi dapat keluar lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengundi supaya menyemak pusat dan saluran mengundi masing-masing serta merancang perjalanan pulang.

Beliau turut menyeru rakyat supaya menghormati petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota keselamatan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Pada masa sama, Adly merayu pengundi memberikan sokongan kepada 24 calon PH yang bertanding di seluruh 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat