Jentera BN tersusun, Ismail Sabri sasar kemenangan lebih besar buat Dira di DUN Rim

JASIN — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyasarkan kemenangan lebih besar buat calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira di DUN Rim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan pemerhatian terhadap gerak kerja jentera BN yang disifatkan tersusun dan kukuh sepanjang tiga hari beliau berada di kawasan berkenaan.

Menurutnya, usaha mendekati penduduk termasuk menerusi kunjungan dari rumah ke rumah turut memperlihatkan komitmen jentera dalam membantu calon parti itu.

“Berdasarkan gerak kerja yang kita lihat sepanjang tiga hari saya berada di sini, termasuk suasana jentera, saya dapati gerak kerja jentera begitu tersusun dan kuat.

“Ketika saya datang ke sini sebelum ini, ada petugas yang turut bersama saya turun ke kawasan dan mengunjungi rumah-rumah penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan sesi walkabout bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, di Taman Seri Chinchin, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau juga melihat tiada sebab untuk undi Melayu berpecah memandangkan sebelum ini terdapat dua kelompok penyokong yang kini berpeluang kembali bersatu.

“Dulu ada dua kelompok penyokong, iaitu penyokong. Jadi, tidak ada sebab untuk undi Melayu berpecah.

“Jadi, tidak ada sebab untuk undi Melayu berpecah,” katanya.

Mengulas sasaran BN di DUN Rim, beliau berkata mahu melihat Dira memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar berbanding pilihan raya terdahulu.

“Saya sasarkan kemenangan yang lebih besar berbanding sebelum ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat