KDN sedia laksana tahanan rumah Najib, baki hukuman hingga Ogos 2028 – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara 6 tahun secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan mahkamah pada 10 November 2026 itu memerintahkan Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda bertarikh 6 November lalu dibatalkan dan digantikan dengan Perintah Pengampunan Bersyarat.

Menurut beliau, kelewatan pelaksanaan sebelum ini berlaku berikutan persoalan undang-undang berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan perundangan Perintah Pelepasan, khususnya berkaitan pelaksanaan baki hukuman melalui tahanan rumah.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, keputusan Mahkamah Tinggi hari ini telah menjelaskan persoalan berkenaan, sekali gus membolehkan kementerian melaksanakan arahan mahkamah berdasarkan asas perundangan yang jelas.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya menegaskan bahawa tanggungjawab Kementerian dan Jabatan Penjara adalah memastikan setiap keputusan berkaitan pelaksanaan hukuman dan tahanan dilaksanakan berdasarkan undang-undang serta arahan mahkamah yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Saifuddin turut menegaskan kerajaan menghormati keputusan pengampunan diraja yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan kuasa di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya mengendalikan perkara itu secara matang dan bertanggungjawab tanpa membiarkan polemik politik menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat