Program Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 14 November depan di Little India

KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) akan menganjurkanm Sambutan Hari Deepavali Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan pada 14 November depan di Little India Brickfields, di sini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan hari ini berkata sambutan bertemakan “Cahaya Deepavali Semarak Perpaduan” ini akan bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam.

Menurut beliau, sambutan itu dijangka dihadiri 5,000 orang daripada pebagai lapisan masyarakat dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Deepavali merupakan antara perayaan yang memperlihatkan keindahan dan kekayaan warisan budaya masyarakat Malaysia.

“Tradisi memghiasai kolam, memasang pelita, menyediakan juadah tradisional serta amalan rumh terbuks dan kunjung mengujungi bukan sekadar menyerikam perayaan, malah menjadi wahana memperkukuh semangat kejiranan dan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.

“Keindahan ini merupakan sebahagian daripada khazanah warisan negara yang perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Aaron berkata sesungguhnya kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan rakyatnya untuk hidup bersama dalam kepelbagaian.

Setiap perayaan membuka ruang untuk saling mengenali, memahami, menghormati, menerima dan meraikan keunikan antara satu sama lain, ujarnya.

“Semangat inilah yang perlu diperkasakan dalam usaha membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu, beridentiti nasional dan berteraskan nilai kebersamaan,” katanya.

Beliau berkata pelbagai pengisian menarik telah dirangka sepanjang sambutan ini, antaranya persembahan kebudayaan dan tarian tradisional India, persembahan alat muzik klasik seperti Veenai dan Mridangam, demonstrasi seni mempertahankan diri seperti Silambam, Kalaripayattu dan Karra Samu serta pertunjukan fesyen.

“Lebih istimewa, sambutan kali ini turut menampilkan reruai Rumah KAMI yang memperkenalkan kepelbagaian warisan dan tradisi masyarakat Melayu, Cina, Tamil, Telugu, Punjabi, Gujarati dan Malayalee,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat