Yang siasat polis, SPRM. Yang dakwa peguam negara. Yang hukum hakim. Yang salah Anwar. Aih, kacau lah macam tu-PMX

KLEBANG, – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak yang terus menyalahkannya berhubung tindakan pendakwaan terhadap individu tertentu, sedangkan proses siasatan dan pendakwaan dikendalikan oleh agensi serta institusi berasingan.

Berucap pada Jelajah Aspirasi Madani Melaka di Klebang hari ini, Anwar mempersoalkan dakwaan bahawa beliau menjadi pihak yang menentukan siapa perlu didakwa, sedangkan siasatan dijalankan oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala keputusan pendakwaan dibuat oleh Peguam Negara.

“Saya nak tanya, yang kita dakwa siapa yang tak salah? Bagi tahu. Bukan saya dakwa. Siasat polis, SPRM. Yang dakwa peguam negara. Yang hukum hakim. Yang salah Anwar. Aih, kacau lah macam tu,” katanya.

Kenyataan itu dilihat sebagai respons Anwar terhadap kritikan yang mengaitkan dirinya dengan tindakan undang-undang terhadap individu tertentu, sekali gus menegaskan bahawa proses keadilan perlu dibezakan daripada campur tangan politik.

Anwar turut memberi gambaran bahawa beliau tidak seharusnya dipersalahkan secara langsung atas keputusan yang dibuat oleh institusi penguatkuasaan, pendakwaan dan kehakiman berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat