HONOR Magic9 Pro Max bawa sentuhan dunia perfileman ke dalam genggaman, bakal warnai FFM35

Dunia perfileman sentiasa berkembang seiring perubahan teknologi. Jika suatu ketika dahulu rakaman video berkualiti sinematik hanya mampu dihasilkan menggunakan kamera profesional dengan kelengkapan yang mahal, kini teknologi telefon pintar mula mengubah landskap tersebut. Malah, tidak mustahil suatu hari nanti, sebuah karya yang memukau penonton boleh bermula daripada sebuah telefon yang berada di dalam poket.

Melihat kepada perkembangan ini, HONOR tampil membawa sesuatu yang menarik menerusi HONOR Magic9 Pro Max, sebuah telefon pintar yang bakal diperkenalkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi. Lebih menarik, peranti ini bakal memainkan peranan penting dalam industri perfileman tempatan apabila HONOR diumumkan sebagai Rakan Rasmi Telefon Pintar Pengimejan Sinematik bagi Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

Kerjasama bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu bukan sekadar satu pengiktirafan kepada kemampuan teknologi HONOR, sebaliknya membawa mesej bahawa dunia sinematik kini semakin terbuka kepada semua, termasuk pencipta kandungan, pelajar filem dan mereka yang mempunyai minat untuk menghasilkan karya kreatif.

Majlis penganugerahan FFM35 dijadual berlangsung di Istana Budaya pada 21 November 2026. Pemilihan HONOR sebagai rakan rasmi pengimejan sinematik festival berprestij ini juga memperlihatkan bagaimana teknologi telefon pintar semakin mendapat tempat dalam ekosistem kreatif dan produksi kandungan moden.

Apa yang menjadikan HONOR Magic9 Pro Max lebih menarik ialah kerjasama teknologinya bersama ARRI, sebuah nama besar dalam industri sinematografi yang sudah lama sinonim dengan kamera dan teknologi pengimejan profesional yang digunakan dalam produksi filem antarabangsa.

Gabungan kepakaran ARRI dan teknologi HONOR ini membawa pendekatan berbeza dalam dunia fotografi serta videografi telefon pintar. Ia bukan sekadar tentang menghasilkan gambar yang tajam atau video dengan resolusi tinggi, tetapi turut memberi perhatian kepada karakter visual, warna yang lebih semula jadi, tona kulit yang realistik dan suasana sinematik yang mampu menyampaikan emosi dalam sesuatu rakaman.

Dalam dunia filem, sesuatu babak bukan hanya dinilai melalui apa yang dipaparkan di hadapan kamera. Permainan cahaya, warna, pergerakan dan ekspresi juga memainkan peranan besar dalam menghidupkan sesebuah cerita. Inilah antara aspek yang cuba diketengahkan HONOR menerusi sistem pengimejan Magic9 Pro Max yang dibangunkan bersama ARRI.

Menariknya, kemampuan peranti ini bukan sekadar diperlihatkan melalui rakaman suasana harian. HONOR sebelum ini turut memberikan gambaran tentang keupayaan Magic9 Pro Max ketika digunakan dalam acara sukan permotoran di Litar Antarabangsa Sepang. Dalam suasana yang penuh kelajuan dan pergerakan pantas, peranti ini berjaya menarik perhatian menerusi hasil foto dan video yang memperlihatkan kejelasan subjek serta suasana sebenar di litar.

Bayangkan, jika aksi kenderaan yang bergerak pantas mampu dirakam dengan jelas, teknologi sebegini tentunya mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam pelbagai situasi penghasilan video, termasuk dokumentari, filem pendek dan kandungan kreatif.

Selain kemampuan kameranya, HONOR Magic9 Pro Max juga membawa makna istimewa buat jenama itu kerana ia merupakan model mercu tanda sempena ulang tahun ke-10 siri Magic. Selepas sedekad membangunkan inovasi telefon pintar, HONOR dilihat mahu menjadikan model ini sebagai antara pencapaian terbesar mereka setakat ini.

Perubahan turut diberikan pada bahagian reka bentuk apabila Magic9 Pro Max meninggalkan identiti modul kamera bulat yang menjadi ciri generasi terdahulu. Sebaliknya, ia hadir dengan pendekatan reka bentuk baharu yang menandakan permulaan era berbeza untuk barisan telefon pintar mercu tanda HONOR.

Tidak ketinggalan, peranti ini turut dijangka membawa prestasi kelas flagship serta bateri berkapasiti besar yang menjadi antara kekuatan siri Magic9 di pasaran China. Bagaimanapun, HONOR masih menyimpan beberapa kejutan lain yang bakal diumumkan apabila telefon pintar ini dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Bagi HONOR, kerjasama dengan FINAS menerusi FFM35 juga bukan sekadar berlangsung untuk satu malam penganugerahan. Sebaliknya, kedua-dua pihak melihat peluang untuk membina hubungan jangka panjang dalam menyokong perkembangan industri kreatif dan perfileman tempatan.

Usaha ini membuka ruang kepada lebih ramai penggiat seni untuk meneroka penggunaan teknologi mudah alih dalam menghasilkan kandungan berkualiti. Dalam masa yang sama, ia turut memberi gambaran bahawa peralatan untuk bercerita melalui visual tidak semestinya perlu rumit atau terlalu mahal, asalkan teknologi yang digunakan mampu memenuhi keperluan penghasilan sesuatu karya.

Menariknya, pengiktirafan di peringkat tempatan ini hadir seiring dengan kerjasama teknologi bertaraf antarabangsa bersama ARRI. Gabungan dua dunia tersebut memberikan HONOR Magic9 Pro Max satu kedudukan yang cukup menarik, iaitu teknologi yang dibangunkan dengan kepakaran sinematografi global dan pada masa sama mendapat pengiktirafan daripada institusi perfileman negara.

Dengan siri Magic9 yang dilaporkan mencatatkan prestasi jualan memberangsangkan selepas pelancarannya di China, HONOR kini bersedia membawa momentum tersebut ke pasaran Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, James Li, sebelum ini turut mengaitkan sambutan positif pengguna terhadap sistem pengimejan dan prestasi bateri siri berkenaan.

Buat masa ini, tarikh pelancaran, harga dan ketersediaan HONOR Magic9 Pro Max di Malaysia masih belum diumumkan. Namun, satu perkara yang pasti, kehadirannya menerusi FFM35 sudah memberikan gambaran awal tentang hala tuju HONOR dalam membawa teknologi pengimejan telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi.

Mungkin selepas ini, untuk menghasilkan sebuah video yang mempunyai sentuhan sinematik, seseorang tidak lagi perlu berada di belakang kamera produksi yang besar. Cukup dengan sebuah telefon pintar, idea yang menarik dan keberanian untuk bercerita, setiap orang berpeluang menjadi pengarah kepada kisah mereka sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat