MCMC rakam percakapan individu ada kaitan dengan kandungan menyentuh 3R

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka kertas siasatan berhubung satu kandungan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook “Vikke Lee” yang disyaki mengandungi unsur jelik melampau serta menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) terhadap Duli Yang Maha Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC menyatakan pihaknya sudah mengambil rakaman percakapan di Balai Polis Sri Petaling bagi membantu siasatan.

“Satu unit telefon bimbit berserta satu kad sim juga telah disita.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan jika disabitkan kesalahan, indivisu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut MCMC.

MCMC memandang serius kegiatan penyebaran kandungan dalam talian yang disyaki mengandungi maklumat palsu atau unsur penghinaan terhadap institusi diraja, khususnya kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Orang ramai diingatkan agar menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab serta tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan yang melanggar undang-undang negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat