Hampir 60 pekerja Utusan, Kosmo! berdepan pemberhentian, dakwaan jual saham dinafikan

KUALA LUMPUR – Hampir 60 kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo! berdepan kemungkinan ditamatkan perkhidmatan, namun dakwaan mengenai usaha menjual pegangan saham dinafikan oleh sumber sumber pengurusan kanan dalam Utusan.

“Tidak ada cadangan menjual mana-mana bahagian saham Utusan kepada mana-mana pihak,” dakwa sumber tersebut.

SuaraTV sebelum ini melaporkan adanya usaha oleh kelompok yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk menjual pegangan 70 peratus dalam Media Mulia Sdn Bhd, syarikat penerbit kedua-dua akhbar itu.

Laporan tersebut turut menyatakan terdapat perbezaan pendapat antara dua kelompok yang dikaitkan dengan pemegang saham Media Mulia mengenai masa depan syarikat, termasuk kemungkinan penutupan operasi dan rundingan penjualan sebahagian saham.

Menurut sumber berkenaan, sebarang penjualan saham tertakluk kepada persetujuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, termasuk bagi pegangan yang dikaitkan dengan kelompok Syed Mokhtar.

Bagaimanapun, asas persetujuan tersebut, sama ada melalui perjanjian pemegang saham atau aturan lain, tidak diperincikan.

Semakan SuaraTV melalui rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum ini mendedahkan fleet perniagaan Datuk Seri Johari Ghani memiliki 30 peratus saham dalam Media Mulia melalui Opulence Global Asia Sdn Bhd.

[Opulence Global Asia dimiliki sepenuhnya oleh JAG Private Equity Sdn Bhd. Antara pengarah Opulence Global Asia ialah Amir Nashrin Johari, anak Johari Abdul Ghani]

Dalam pada itu, sumber berkenaan tidak menafikan laporan SuaraTV bahawa hampir 60 kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo! berhadapan kemungkinan ditamatkan perkhidmatan.

Namun, jumlah akhir pekerja yang mungkin terjejas, tarikh pelaksanaan serta bentuk pemberhentian masih belum diperincikan.

Maklumat itu juga belum menjelaskan sama ada langkah berkenaan merupakan penstrukturan tenaga kerja atau melibatkan perubahan lebih besar terhadap operasi penerbitan.

Nasib pekerja kini menjadi persoalan utama yang masih menunggu penjelasan, meskipun dakwaan penjualan saham telah dinafikan sumber berkenaan. – SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat