KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa kerajasama PN dan Barisan Nasional (BN) adalah sangat serius dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang boleh diadakan pada bila-bila masa.
“Kita buktikan bahawa kita sangat serius dalam agenda penyatuan ummah dan kebersamaan dengan seluruh masyarakat yang ingin menyokong kerjasama PN bersama dengan BN.
“Kita nak menunjukkan bahawa kita boleh menjadikan Melaka ini sebagai satu asas penyatuan umat dan juga kebersamaan dengan seluruh rakyat yang ada dalam negeri Melaka ini sebagai satu asas untuk kita bina momentum bagi kita berdepan PRU16 yang boleh diadakan bila-bila masa dalam tempoh tahun lebih ini.
“Kita sama-sama bekerja keras bukan di tempat kita sahaja tetapi juga di tempat rakan kita bertsanding supaya kemenangan besar boleh kita capai dalam pilihan raya di Melaka ini sebagai suatu testimoni bahawa kita sangat serius dalam agenda penyatuan umat dan kebersamaan dengan seluruh masyarakat yang ingin menyokong kerjasama PN bersama dengan BN,” katanya.
Samsuri mengajak seluruh ahli PN merapatkan saf dan menyatukan langkah perjuangan.
“Tekunlah amanah ini dengan rendah diri.
“Berkempenlah dengan tertib, berhujahlah dengan fakta, pelihara adab dan hormatilah lawan kita.
“Tunjukkan bahawa kita berjiwa besar dalam pilihan raya ini,” katanya.



