FAM Akan Bertemu Penyokong Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan penyokong dalam masa terdekat sebagai usaha merapatkan kembali hubungan, membina kepercayaan serta memperkukuh persefahaman antara badan induk bola sepak negara dan para peminat.

Pengerusi Jawatankuasa Media dan Pemasaran FAM, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan berkata, FAM terbuka untuk mengadakan perbincangan secara langsung bersama kelompok penyokong kerana kedua-dua pihak berkongsi matlamat yang sama, iaitu mahu melihat bola sepak Malaysia terus berkembang.

Menurut beliau, suara dan sokongan penyokong merupakan elemen penting dalam membina imej FAM. Justeru, hubungan yang lebih dekat perlu diwujudkan supaya pandangan serta aspirasi penyokong turut diberi perhatian.

“Kita nak hubungan baik antara FAM dengan penyokong. Sebab itu kita akan adakan perjumpaan dan program supaya mereka lebih faham tugas kita. Kita akan bina hubungan yang baik dan lebih erat antara FAM dan penyokong, insya-Allah dalam masa terdekat ini.”

Usaha mendekati penyokong ini turut susulan penerimaan memorandum daripada kumpulan penyokong Ultra Malaya yang diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman pada Kongres Luar Biasa bulan lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat