Azeez Rahim pakai baju ungu lokap polis, bergari atas kehendak sendiri – Menteri KDN

KUALA LUMPUR- Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, hadir ke mahkamah pada 9 September 2026 dengan memakai baju lokap ungu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bergari atas kehendak sendiri.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, perkara itu berdasarkan maklum balas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, isu penggantungan pemakaian baju lokap bagi tahanan reman tidak timbul kerana pakaian berkenaan hanya digunakan ketika tahanan berada di dalam lokap dan bukan ketika dibawa ke mahkamah.

“Berhubung dengan penggantungan pemakaian baju lokap bagi tahanan reman, Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) Bahagian A118 berkaitan Orang-Orang Tahanan dan Lokap Polis menetapkan bahawa seseorang tahanan yang dibawa ke mahkamah hendaklah memakai pakaian yang dipakai semasa ditangkap, melainkan pakaian tersebut telah dijadikan barang kes.

“Dalam keadaan tersebut, pakaian yang bersesuaian hendaklah disediakan kepada tahanan. Sehubungan itu, isu penggantungan pemakaian baju lokap tidak timbul kerana pakaian tersebut digunakan semasa tahanan berada di dalam lokap sahaja dan bukan ketika dibawa ke mahkamah,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Kepong) sama ada benar bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim hadir ke mahkamah pada 9 September 2026 dengan baju lokap ungu PDRM dan bergari atas kehendaknya sendiri serta mengapa syarat pemakaian baju lokap ungu bagi permohonan reman tidak digantung, lapor Utusan pada Selasa.

Katanya lagi, isu penggantungan pemakaian baju lokap tidak timbul kerana pakaian tersebut hanya digunakan ketika tahanan berada di dalam lokap dan bukan semasa dibawa ke mahkamah.

“PDRM akan terus memastikan prosedur pengurusan tahanan dilaksanakan secara teratur selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa, termasuk dalam urusan membawa tahanan ke mahkamah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat