Jerebu: Semua sekolah Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya tutup

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup pada Selasa, 13 Oktober 2026 susulan situasi jerebu semasa.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan turut melibatkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, PPD Petaling Perdana, PPD Kuala Langat dan PPD Sepang di Selangor serta sekolah di PPD Kuantan dan PPD Rompin, Pahang.

“Sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa. Begitu juga sekolah di daerah lain di Selangor dan Pahang yang tidak terlibat dengan penutupan.

“Bagi sekolah yang beroperasi seperti biasa, pihak sekolah diminta memastikan aktiviti luar dipantau mengikut keadaan kualiti udara semasa.

“Ibu bapa, murid dan warga sekolah juga dinasihatkan supaya memakai pelitup muka yang bersesuaian apabila berada di luar khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu.

“Semua pihak diminta mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini,” umum beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat