Kita tidak boleh terus minta rakyat memilih antara pilihan yang mengecewakan, kemudian suruh mereka bersabar setiap kali janji tidak ditunaikan – Rafizi

KUALA LUMPUR – Pemimpin utama Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan, BERSAMA perlu dibina supaya rakyat mempunyai pilihan yang lebih baik.

Bukan cuma itu katanya, supaya kita boleh menuntut prestasi daripada pemimpin, bukan terus memberikan sokongan hanya kerana takut kepada parti yang satu lagi.

“Saya mahu suatu hari nanti anak cucu kita boleh berkata: Malaysia menjadi lebih baik kerana generasi sebelum mereka berani mengubah haluan.

“Di Melaka, saya mengajak kita melihat kembali sejarah masyarakat kita. Generasi terdahulu membina kehidupan dengan susah payah. Ramai bermula dengan hampir tiada apa-apa, mengambil risiko dan bekerja keras supaya anak cucu mereka mendapat kehidupan yang lebih baik.

“Tiada siapa menghidangkan masa depan itu kepada mereka. Mereka membinanya sendiri. Semangat yang sama diperlukan hari ini.

“Ya, membina parti baharu itu susah. Kita perlu bermula dari bawah, meyakinkan rakyat dan berdepan dengan kekuatan parti-parti besar.

“Tetapi kalau semua orang takut mengambil risiko, siapa yang akan memulakan perubahan? kata bekas Menteri Ekonomi itu.

Dalam pada itu, Rafizi turut berkongsi reaksi orang ramai yang ditemuinya sewaktu sesi jelajah kata mereka, “dulu senang pilih. Sekarang you buat parti baru, saya sudah pening kepala!

“Ini antara teguran yang saya terima apabila berjumpa orang ramai di pasar.

“Saya faham kebimbangan itu. Ada yang kata BERSAMA akan memecahkan undi. Ada yang bertanya, buat apa tambah lagi satu parti? Bagaimana hendak menang kalau terpaksa melawan parti-parti yang sudah lama bertapak?

“Jawapan saya mudah: pengundi perlu ada pilihan apabila parti-parti sedia ada gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Kita tidak boleh terus meminta rakyat memilih antara pilihan yang mengecewakan mereka, kemudian menyuruh mereka bersabar setiap kali janji tidak ditunaikan.

“Kalau kita mahu keadaan negara berubah, kita juga mesti berani membina pilihan baharu.

“Itulah sebabnya kita memulakan BERSAMA,” tegas Rafizi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat