Biar SPRM siasat, jangan ulang angka RM2.1 bilion sehingga jadi persepsi Zahid buat salah – Armand

KUALA LUMPUR – Jangan hanya ulang angka RM2.1 bilion sehingga ia menjadi satu persepsi bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan kesalahan.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengingatkan, kebenaran tidak ditentukan oleh headline.
sebaliknya kebenaran ditentukan oleh fakta, bukti dan undang-undang.

“Kita perlu melihat keseluruhan proses peruntukan, projek, kerja yang telah siap, tuntutan kontraktor, bayaran dan komitmen yang mungkin merentasi tahun kewangan.

“Jika kontraktor telah menyiapkan kerja, kerajaan sememangnya perlu menyelesaikan bayaran.

“Di mana buktinya berlaku penyelewengan? Kita perlu faham bahawa projek kerajaan melibatkan kontrak, kerja fizikal, tuntutan, pengesahan, komitmen dan pembayaran yang boleh merentasi tahun kewangan.

“Kalau kontraktor telah menyiapkan kerja, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran. Jika bayaran tertangguh, bukan kontraktor sahaja terkesan. Subkontraktor, pekerja, pembekal, perniagaan kecil dan keluarga mereka turut terkesan.

“Jadi jangan campurkan isu pengurusan kewangan kerajaan dengan kesalahan jenayah sebelum fakta lengkap diperiksa.Jika ada bukti, siasat dan ambil tindakan.Tetapi jika belum terbukti, jangan hukum seseorang melalui persepsi,” bidas Armand.

Jelas beliau, angka RM2.1 bilion memang besar dan boleh mengejutkan rakyat. Tetapi RM2.1 bilion perbezaan antara peruntukan dan perbelanjaan tidak secara automatik bermaksud RM2.1 bilion telah dicuri atau diseleweng.

“Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin, berhak membuat laporan kepada SPRM. Siasatlah. Tetapi selepas laporan dibuat, biarlah SPRM menentukan berdasarkan fakta dan bukti.

“Laporan bukan bukti. Dakwaan bukan sabitan. Siasatan bukan bermakna bersalah.

“Kalau benar berlaku penyelewengan, mudah sahaja, tunjukkan wang itu pergi ke mana, tunjukkan kontrak yang bermasalah, tunjukkan siapa yang menerima manfaat dan tunjukkan bukti,” gesa beliau.

Kata Armand lagi, rakyat juga berhak bertanya, ini soal mencari kebenaran atau sudah menjadi naratif politik?

“Saya tidak menuduh mana-mana pihak mempunyai niat tertentu.Tetapi dalam politik, kita mesti berpegang kepada satu prinsip iaitu politik boleh keras, tetapi fakta mesti tetap fakta.

“Jangan jadikan angka sebagai hukuman. Jangan jadikan persepsi sebagai bukti.

“Biar SPRM menyiasat. Biar undang-undang menentukan. Rakyat mahu kebenaran dan kebenaran tidak ditentukan oleh headline.

Kebenaran ditentukan oleh fakta, bukti dan undang-undang,” tegas Armand.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat