APMM kesan hotspot nelayan asing curi hasil laut negara guna bot klon di Tok Bali

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kelantan mengesan kawasan timur muara Tok Bali kira-kira 130 batu nautika dan ke atas menjadi lokasi panas (hotspot) nelayan asing terutamanya dari Vietnam mencuri hasil laut negara menggunakan bot klon.

Pengarahnya Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata, nelayan asing menyamar sebagai vesel nelayan tempatan (VNT) dengan mengecat nombor pendaftaran pada badan bot selain turut berani mengibarkan bendera negeri Kelantan bagi tujuan mengaburi mata pihak penguat kuasa.

Katanya, bagaimanapun taktik itu gagal kerana APMM sentiasa membuat pemeriksaan terperinci sekiranya mendapati sebarang bot dalam keadaan mencurigakan.

“Aktiviti ini dikesan berlaku di sempadan Malaysia-Vietnam, jarak lebih kurang 130 batu nautika dan ke atas, di sepanjang perairan Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat APMM Negeri Kelantan di Tok Bali, lapor Harian Metro pada Isnin.

Kamal berkata, pihaknya turut menggerakkan aset pesawat untuk pemantauan udara bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah sempadan seperti kecurian hasil laut negara melalui bot nelayan asing ataupun penyeludupan migrain secara haram melalui jalan laut.

Terdahulu, Kamal turut memaklumkan kejayaan menahan 30 individu termasuk dua tekong dan 28 awak-awak berusia antara 15 hingga 61 tahun bersama dua bot vesel nelayan asing (VNA), pada Rabu.

Kedua bot yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan atau bot klon dikesan pada jarak 137 dan 148 batu nautika timur Muara Tok Bali pada jam 4.08 petang dan 5.14 petang.

“Nilai keseluruhan hasil laut dan barang-barang rampasan daripada kedua vesel dianggarkan berjumlah RM2,407,400,” katanya.

Kesemua individu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan juga Akta Perikanan Malaysia 1985 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan melakukan kesalahan berkaitan aktiviti perikanan tanpa kebenaran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat