KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa istiadat pengebumian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali diberi penghormatan ‘Istiadar Pengebumian Pembesar Negara’.
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata jenazah akan dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor pada pukul 1.30 tengah hari bagi pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir.
“Jenazah akan disolatkan selepas solat Asar di Masjid As-Syarif dan seterusnya dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya,” katanya.
Pakaian bagi pelawat lelaki Islam ialah Baju Kebangsaan warna hitam, bersampin hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam, manakala bagi gukan Islam ialah Lounge Suit gelap, selain itu, pakaian lain yang bersesuaian boleh dipakai.
Pakaian bagi pelawat wanita Islam ialah Baju Kurung atau Kebaya labuh warna gelap dengan selendang atau tudung putih manakala bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih.
“Selain itu, pakaian lain yang bersesuaian boleh dipakai,” katanya.
Almarhumah, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri telah meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negaram (IJN) Kuala Lumpur.


