SPRM sudah mula siasat isu kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan kerugian yang direkodkan oleh UiTM Holdings Sdn Bhd pada tahun 2023/

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim, siasatan itu dibuat untuk meneliti pelbagai isu termasuk pembangunan projek solar 50MW di Gambang, Pahang melibatkan jumlah RM42 juta yang telah dibayar bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan projek solar tersebut serta dibuat tanpa kelulusan lembaga pengarah.

SPRM menjalankan siasatan di bawah Sekysen 23 Akta SPRM 2009.

“SPRM akan berusaha menyiapkan siasatan dengan kadar segera secara bebas dan adil.

“Ditegaskan bahawa siasatan ini masih berjalan memandangkan kompleksiti kes yang melibatkan aspek teknikal serta menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi melengkapkan siasatan SPRM juga meneliti jika ada isu-isu lain yang relevan termasuk kelemahan tatakelola seperti yang dibuat dalam kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“SPRM menyambut baik keprihatinan serta ketegasan Perdana Menteri dalam usaha melihat dan menyelesaikan kelemahan yang menjadi faktor kerugian ke atas UiTM Holdings Sdn Bhd,” katanya.

Baru-baru ini, Anwar memberikan arahan untuk meneliti tadbir urus dan pengurusan UiTM Holdings berikutan kebimbangan berkaitan kerugian yang dialami syarikat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat