Jangan politikkan isu kerugian dialami UiTM Holdings – Dr Fathul Bari

KUALA LUMPUR – Kerugian RM157 juta yang disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan UiTM Holdings Group bukan kerugian yang direkodkan ketika kepimpinan semasa.

Pengerusi UiTM Holdings Sdn Bhd Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata jumlah berkenaan sudah dilaporkan sejak 2023 dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ketika itu membuat penjelasan menjelaskan ia merupakan kerugian terkumpul sehingga waktu ini semenjak 2007.

Katanta, isu itu turut dilihat dalam Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2022 dan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen sebelum ia dibentangkan pada tahun 2024.

“Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh menerajui pengurusan UiTM Holdings sejak Januari 2025, dengan pengalaman pernah menerajui Malaysia Airports, KPJ Healthcare serta memegang posisi penting dalam beberapa GLC dan organisasi korporat utama.

“Saya pula mengambil amanah sebagai Pengerusi pada Ogos 2025. Bersama Lembaga Pengarah dan pengurusan, mandat kami jelas: memulihkan prestasi, memperkukuh tadbir urus, membina semula keyakinan dan meletakkan UiTM Holdings kembali pada landasan pertumbuhan.

“Kami tidak menggunakan legacy issues sebagai alasan. Kami mengenal pasti legasi tersebut untuk menyelesaikannya,” katanya menerusi laman sosial Facebook semalam.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah UiTM atau berharap isu ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak daripada mana-mana parti sekalipun.

Menurut Fathul Bari, ia bukan isu politik tetapi ia adalah isu pemulihan sebuah aset milik universiti.

“Jika UiTM Holdings kukuh, nilai akhirnya kembali kepada UiTM. Jika ia terus lemah, UiTM juga menerima kesannya,” katanya.

Beliau membuat cadangan kepada Perdana Menteri untuk meneliti satu kerangka nasional supaya syarikat pegangan dan anak syarikat universiti diberikan First Right of Refusal (FROR) bagi peluang perniagaan yang bersesuaian dalam ekosistem universiti masing-masing, tertakluk kepada merit, due diligence, daya saing dan tadbir urus.

“Bukan projek percuma. Bukan monopoli. Tetapi peluang pertama untuk bersaing dan dinilai secara profesional,” katanya.

“Jika syarikat universiti mampu melaksanakannya secara kompetitif, adalah lebih strategik sekiranya nilai ekonomi tersebut kekal dalam ekosistem universiti.

“Keuntungan anak syarikat universiti akhirnya harus kembali memperkukuhkan universiti,” katanya.

Sebelum ini Anwar yang juga Menteri Kewangan mengarahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuat semakan terhadap tadbir urus dan pengurusan UiTM Holdings susulan kebimbangan tentang kerugian syarikat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat