Kalau selama ini pergi membeli kain biasanya kita sudah tahu apa yang mahu dicari, berapa meter yang diperlukan dan berapa agaknya jumlah yang perlu dibayar di kaunter, kali ini pengalaman membeli kain di Jakel mungkin sedikit berbeza kerana pelanggan bukan sahaja pulang dengan kain pilihan, malah berpeluang membawa bersama sekeping emas 1 gram. Menerusi kempen “Beli Kain Dapat Emas 2026”, Jakel menyediakan sebanyak 2,000 keping emas 1 gram dengan ketulenan 999.9 untuk diberikan kepada pelanggan sepanjang tempoh kempen yang berlangsung selama 47 hari, bermula 25 September hingga 10 November 2026.
Konsepnya pun tidak terlalu rumit dan mungkin itulah yang membuatkan kempen ini menarik. Pelanggan hanya perlu membeli kain bermeter dengan nilai sekurang-kurangnya RM200 dalam satu resit di mana-mana cawangan Jakel di seluruh Malaysia. Selepas pembayaran dibuat, resit pembelian akan disertakan dengan kod QR di bahagian hujung dan di sinilah bahagian yang paling dinantikan. Kod tersebut boleh diimbas oleh pelanggan untuk mengetahui keputusan secara terus, sama ada pembelian mereka membawa tuah dan mereka berjaya memenangi emas ataupun tidak.
Yang menariknya, pelanggan tidak perlu mencari kain tertentu semata-mata untuk menyertai kempen ini kerana pelbagai jenis kain bermeter yang dijual di Jakel termasuk Cotton, Songket, Washable, Linen, Brocade dan beberapa pilihan lain layak untuk kempen tersebut. Kalau dalam satu resit yang sama ada pembelian produk lain, ia juga boleh digabungkan, asalkan nilai kain bermeter yang dibeli mencapai minimum RM200. Jadi, kalau memang sudah merancang membeli kain untuk baju raya, majlis kenduri, pakaian keluarga atau sekadar mahu menambah koleksi fabrik di rumah, pembelian tersebut boleh disertakan sekali dengan peluang untuk mendapatkan emas.
Lebih menarik, kempen ini bukan sekadar menawarkan hadiah dalam jumlah kecil kerana keseluruhannya terdapat 2,000 keping emas 1 gram 999.9 yang disediakan sepanjang 47 hari, bersamaan dua kilogram emas. Maknanya, setiap pembelian yang memenuhi syarat memberikan satu lagi sebab untuk pelanggan mencuba nasib ketika mengimbas kod QR pada resit. Bahagian paling menyeronokkan mungkin terletak pada detik beberapa saat selepas imbasan dibuat, kerana keputusan boleh diketahui serta-merta tanpa perlu menunggu cabutan bertuah atau pengumuman pemenang pada tarikh yang lain.
Kempen ini dilancarkan secara rasmi pada 25 September dan turut berlangsung dalam suasana meriah bersama duta-duta Jakel, pihak media serta pelanggan yang hadir. Jakel turut mengadakan permainan khas untuk pelanggan pada sebelah pagi sempena pelancaran tersebut dan empat keping emas 1 gram 999.9 diberikan secara percuma kepada peserta yang berjaya dalam permainan berkenaan. Jadi, hari pertama kempen itu sendiri sudah dimulakan dengan peluang untuk membawa pulang emas.

Bagi pelanggan di Malaysia, kempen ini boleh disertai menerusi cawangan Jakel di seluruh negara. Ia turut dibuka kepada warganegara Indonesia, Brunei dan Singapura, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Ini bermakna kempen tersebut bukan hanya tertumpu kepada pelanggan dari satu kawasan tertentu, sebaliknya memberi peluang kepada pelanggan Jakel di pelbagai lokasi untuk mengambil bahagian sepanjang tempoh yang ditetapkan.
Menariknya, pendekatan seperti ini menjadikan aktiviti membeli kain terasa sedikit berbeza. Biasanya selepas memilih kain, mengukur meter dan membuat bayaran, selesai sahaja urusan di kaunter. Tetapi kali ini ada satu langkah tambahan yang mungkin membuatkan pelanggan memegang telefon dengan rasa ingin tahu, iaitu mengimbas kod QR pada resit dan menunggu keputusan keluar di skrin. Kalau nasib menyebelahi, sekeping emas 1 gram 999.9 boleh menjadi bonus yang tidak dirancang ketika keluar membeli kain.
Menurut Muzaffar Mohamed, Jakel Director of Advertising & Promotion, kempen ini diwujudkan sebagai satu bentuk penghargaan kepada pelanggan yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Jakel. Dengan 2,000 keping emas yang disediakan, Jakel mahu pelanggan bukan sahaja menikmati pengalaman membeli kain, tetapi turut merasai keterujaan apabila keputusan dapat diketahui serta-merta selepas membuat pembelian yang layak.
Jadi, sepanjang 25 September hingga 10 November ini, kalau ada rancangan untuk membeli kain di Jakel, jangan lupa perhatikan resit selepas membuat pembayaran. Mana tahu, daripada asalnya keluar rumah dengan rancangan membeli beberapa meter kain, akhirnya balik membawa sesuatu yang lebih berharga. Sekurang-kurangnya, ada satu perkara yang pasti boleh dibuat selepas membeli: scan kod QR dan lihat sendiri sama ada rezeki emas sedang menunggu.



