Anthony Loke teruskan program rasmi di China sebelum pulang uruskan peletakan jawatan Menteri Pengangkutan – MOT

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan meneruskan program rasmi beliau di China seperti dijadualkan sebelum pulang ke Malaysia bagi menguruskan perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan, Anthony akan mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan APEC ke-12 di Beijing.

Program berkenaan turut melibatkan beberapa pertemuan dua hala serta pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU).

MoU tersebut termasuk kerjasama pengangkutan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China yang merangkumi sektor darat, rel, maritim, penerbangan dan logistik.

Satu lagi ialah MoU kerjasama keselamatan penerbangan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China (CAAC) yang merangkumi bidang seperti kelayakan udara, pensijilan organisasi penerbangan, pelesenan personel, pengawasan operasi serta pengiktirafan bersama dapatan dan sijil pematuhan.

“Selepas menyelesaikan program rasmi di Beijing, Menteri dijadualkan ke Shanghai untuk menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum kembali ke Malaysia bagi menguruskan perkara-perkara berkaitan proses peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan.

“MOT akan terus memastikan segala urusan dan tanggungjawab kementerian dilaksanakan seperti biasa secara profesional dan teratur,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sabtu lalu, Anthony menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selama kira-kira tiga jam pada 19 September.

Anthony berkata DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, tetapi sebagai parti, DAP mempunyai pendirian sendiri dan perkara itu sukar diterima.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat