KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menyeru supaya Raja-Raja menghentikan perselisihan sesama sendiri.
Tanpa menamakan sesiapa, Adun Merlimau itu menegaskan, pembesar tidak kira dari jalur politik apa sepatutnya menjadi pendamai bukan batu api yang menghangatkan perbalahan.
“Raja dengan Raja berselisih. Pembesar tidak kira dari jalur politik apa sepatutnya menjadi pendamai bukan batu api yang menghangatkan perbalahan.
“Kerana akhirnya rakyat yang menanggung akibat perselisihan ini.
“Kepada Raja-Raja juga kita harapkan pendamaian boleh berlaku,” seru Akmal.


