Selepas mencuri perhatian menerusi keupayaan bateri berkapasiti besar dan reka bentuk yang tampil bergaya, vivo V80 Lite 5G kini rasmi berada di pasaran menerusi First Sale Roadshow yang berlangsung hari ini di vivo Image Art Space, IOI City Mall Putrajaya, dengan kehadiran pelakon popular Aedy Ashraf yang turut memeriahkan acara bersama peminat dan pengunjung pusat beli-belah berkenaan.
Berlangsung pada Sabtu, 12 September dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang, acara itu menjadi antara detik penting buat vivo dalam memperkenalkan vivo V80 Lite 5G secara lebih dekat kepada pengguna, apatah lagi pelancaran jualan pertamanya kali ini bukan sekadar memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dan mencuba peranti tersebut, malah turut diserikan dengan pelbagai aktiviti interaktif yang mengetengahkan kelebihan utama telefon pintar berkenaan.
Antara acara yang paling mencuri perhatian ialah Cabaran Bateri 10,000mAh, yang mengangkat kemampuan bateri besar vivo V80 Lite 5G sebagai tarikan utama. Cabaran tersebut turut menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 selain hadiah eksklusif daripada vivo, sekali gus menjadikan acara First Sale Roadshow lebih meriah apabila pengunjung berpeluang menguji diri sambil mengenali dengan lebih dekat kemampuan peranti terbaru itu.

Kehadiran Aedy Ashraf pula menambahkan lagi kemeriahan acara apabila beliau terlibat dalam beberapa aktiviti utama sepanjang sesi berkenaan, termasuk cabaran bateri dan interaksi bersama peminat. Berdasarkan atur cara rasmi First Sales Roadshow, sesi bersama Aedy bermula pada tengah hari sebelum diteruskan dengan aktiviti Aedy Go Around, Cabaran Bateri 10,000mAh bersama Aedy serta sesi cabaran bersama peminat.
Selain cabaran bateri, pengunjung yang hadir turut berpeluang menyertai Station Games yang disediakan untuk memberikan pengalaman lebih santai dan menyeronokkan ketika mencuba ciri-ciri vivo V80 Lite 5G. Antara aktiviti yang diketengahkan termasuk Boxing Challenge, demonstrasi ketahanan terhadap habuk dan air serta demonstrasi fungsi Reverse Charging yang menunjukkan bagaimana telefon berkenaan boleh digunakan untuk membekalkan kuasa kepada peranti lain.
Pengunjung yang berjaya melengkapkan tiga stesen permainan pula boleh mengumpul setem sebelum menebus hadiah percuma selagi stok masih ada, menjadikan pengalaman di roadshow ini lebih daripada sekadar sesi melihat telefon baru, sebaliknya memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba sendiri beberapa fungsi yang menjadi sebahagian daripada pengalaman vivo V80 Lite 5G.
Bagaimanapun, perhatian utama sememangnya tertumpu kepada bateri 10,000mAh BlueVolt, yang menjadi antara kekuatan terbesar vivo V80 Lite 5G. Kapasiti berkenaan merupakan antara ciri yang cuba diketengahkan vivo untuk pengguna yang mahukan telefon pintar dengan daya tahan panjang, khususnya mereka yang aktif menggunakan peranti sepanjang hari untuk komunikasi, hiburan, navigasi dan pelbagai tugasan lain.

Bateri berkenaan menggunakan teknologi 4th-Gen Silicon Anode dan Cube Packaging 2.0, yang direka bagi membolehkan kapasiti bateri yang lebih besar dimuatkan dalam ruang peranti yang sama. Berdasarkan maklumat produk vivo, teknologi Cube Packaging 2.0 turut mengurangkan ruang pembungkusan bateri sebanyak 46 peratus, sekali gus membantu menyediakan ruang untuk kapasiti bateri yang lebih tinggi. Kapasiti tipikal ialah 10,000mAh, manakala kapasiti terkadar ialah 9,800mAh.
Lebih menarik, bateri vivo V80 Lite 5G turut direka untuk memberikan kuasa yang stabil dalam keadaan suhu yang berbeza, dengan julat operasi antara -30°C hingga 45°C. Dalam keadaan suhu tinggi sehingga 45°C, data ujian makmal vivo menunjukkan peranti ini mampu menawarkan sehingga 51 jam masa bercakap dan 17 jam navigasi, walaupun keputusan sebenar bergantung kepada persekitaran, perisian dan corak penggunaan setiap pengguna.
Bagi penggunaan jangka panjang pula, vivo V80 Lite 5G dilengkapi sistem perlindungan bateri enam lapisan yang direka untuk membantu mengekalkan kesihatan bateri sehingga enam tahun. Berdasarkan ujian makmal vivo, bateri itu direka untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 80 peratus kesihatan selepas enam tahun, selain dilengkapi beberapa ciri perlindungan ketika pengecasan seperti kawalan suhu tinggi, perlindungan arus dan voltan, pengecasan semalaman serta bypass charging.
Dalam masa sama, vivo V80 Lite 5G bukan hanya menumpukan perhatian kepada ketahanan bateri kerana aspek reka bentuk turut diberikan perhatian bagi menjadikan peranti ini selesa digunakan dalam rutin harian. Ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black, dengan setiap kemasan membawa karakter tersendiri, daripada rona merah jambu yang lembut dan berkilau sehinggalah warna hijau zamrud yang elegan serta hitam yang lebih minimalis.
Dari segi paparan, telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.83 inci 1.5K High-Brightness OLED yang menawarkan kecerahan puncak global sehingga 2,000 nits, kadar penyegaran 120Hz serta sokongan 1.07 bilion warna. Paparan berkenaan turut menyokong HDR10+ dan Netflix HDR, manakala resolusi 1.5K serta ketumpatan 449 PPI direka untuk memberikan paparan teks, ikon dan imej yang lebih jelas.
Bagi pengguna yang hadir ke First Sale Roadshow hari ini, peluang memiliki vivo V80 Lite 5G turut hadir bersama tawaran pembelian yang menarik. Promosi First Sale berlangsung sehingga 30 September 2026, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM466, manakala pembelian ditawarkan dengan bayaran bermula daripada RM124.92 sebulan.

Khusus untuk pembelian dalam tempoh promosi, antara hadiah yang ditawarkan bagi vivo V80 Lite termasuk foldable wagon trolley, tumbler, backpack, earbuds dan card holder, manakala siri X pula hadir dengan hadiah seperti kad Petronas bernilai RM50 dan tumbler.
Dengan berlangsungnya First Sale Roadshow di IOI City Mall Putrajaya hari ini, vivo V80 Lite 5G secara rasminya memulakan perjalanan jualannya di Malaysia dengan mengetengahkan satu tawaran yang cukup jelas – sebuah telefon pintar dengan bateri 10,000mAh yang dibangunkan untuk pengguna yang mahu terus berhubung, bekerja dan menikmati hiburan tanpa terlalu dibelenggu kebimbangan mengenai kuasa bateri.
Lebih daripada sekadar angka 10,000mAh, vivo cuba menjadikan kemampuan bateri itu sebagai pengalaman yang boleh dilihat dan dirasai sendiri menerusi cabaran, permainan serta demonstrasi yang berlangsung sepanjang roadshow, manakala kehadiran Aedy Ashraf pula memberi sentuhan hiburan kepada acara yang menjadi pembuka kepada kemunculan vivo V80 Lite 5G di pasaran Malaysia.
#vivoV80Lite #vivoMalaysia #AedyAshraf #10000mAhBatteryChallenge #10000mAhAlwaysPowered



