KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ucapan yang jelas dalam menetapkan hala tuju parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Menurut Khairy, ucapan berkenaan memperlihatkan keyakinan kepimpinan UMNO terhadap kedudukan parti dan BN dalam menentukan arah politik negara pada masa hadapan.
“Saya rasa ini adalah ucapan yang jelas tentang hala tuju UMNO dan Barisan Nasional untuk pilihan raya akan datang.
“Rumusan saya daripada ucapan ini, this is the speech of a prime minister in waiting and a speech of a government in waiting,” katanya.
Kenyataan itu sekali gus mencerminkan kesediaan UMNO dan BN untuk memperkukuh persiapan serta memastikan jentera dan kepimpinan parti berada pada tahap terbaik dalam menghadapi cabaran politik semasa.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.



