KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhempas di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, Sarawak, petang ini.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.40 petang dan helikopter berkenaan dipercayai membawa lima penumpang.
Bagaimanapun, status keselamatan kesemua penumpang masih belum diketahui.
Difahamkan, Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima orang termasuk juruterbangnya, terhempas berhampiran Pelabuhan STOL Long Lellang di Sarawak, pada petang Selasa lapor media.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata, ia menerima pemberitahuan mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.
Helikopter itu, yang mempunyai nombor pendaftaran 9M-LLF, sedang mengendalikan penerbangan Perkhidmatan Doktor Terbang apabila kejadian itu berlaku.


