Jamil Khir bebas selepas seminggu direman, dilepaskan dengan jaminan SPRM

KUALA LUMPUR- Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang direman untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), sudah dilepaskan.

Sebelum ini, Jamil Khir direman selama 7 hari hingga hari ini dan dilepaskan sebaik saja tempoh reman ke atasnya tamat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika mengesahkan perkara itu berkata suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini peguam Jamil Khir, Datuk Hamidi Mohd Noh, dilaporkan berkata bekas menteri itu sentiasa memberi kerjasama kepada pihak penyiasat sejak 2018, lapor BH pada Selasa.

Hamidi dipetik berkata, Jamil Khir secara konsisten membantu pihak penyiasat dan tidak pernah gagal memberikan kerjasama sepanjang tempoh berkenaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat