KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan menjalankan siasatan berhubung laporan polis yang mendakwa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah mendakwa ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk M. Kumar dalam satu kenyataan semalam berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan dengan kenyataan yang boleh menyebabkan kegusaran awam dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan itu.
Menurut beliau, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkatan atau perkhidmatan rangkaian dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Kumar berkata setakat ini Polis menerima 12 laporan polis berkaitan isu itu dan seramai 12 orang saksi telah dirakam percakapan.
“Rakaman percakapan Tan Sri Abdul Hadi akan diambil dalam tempoh terdekat untuk melengkapkan siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi bersedia memberikan kerjasama kepada Polis berhubung kenyataan yang dikeluarkannya berkaitan AS cuba campur tangan menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman beliau menyatakan pihak Polis sudah menghubungi mereka selepas beberapa laporan polis dibuat berkaitan isu berkenaan.
Ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Abdul Hadi mendakwa beberapa pemimpin PAS pernah dijemput mengadakan pertemuan dengan Kedutaan AS ketika Presiden Barack Obama melawat Malaysia pada 2014, dengan pihak asing didakwa menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu.
Selepas itu, pihak Kedutaan AS menafikan dakwaan Abdul Hadi yang mendakwa wakil negara itu pernah menawarkan bantuan kepada parti Islam berkenaan untuk menjatuhkan kerajaan BN.
David H Gamble Jr, yang kini mengetuai Kedutaan AS di Kuala Lumpur, menyatakan negaranya tidak pernah mencuba untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia


