Pelarian pemegang kad UNHCR sah tetap tertakluk di bawah Akta Imigresen 1959/63

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menolak dakwaan pihaknya membuat kenyataan bahawa warga Rohingya yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai bukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dalam satu kenyataan, pelarian yang memiliki kad yang sah masih tertakluk kepada peruntukan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Kumpulan warga Rohingya itu boleh dikenakan tindakan sama seperti pendatang asing lain sekiranya melakukan kesalahan imigresem lain termasuk bekerja tanpa permit, katanya.

“Majikan yang menggaji pelarian pemegang kad UNHCR tanpa kebenaran yang sah juga boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Pengecualian yang ada adalah melibatkan dua peruntukan di bawah akta itu iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta tinggal lebih masa.

“Pengecualian terhadap kedua-dua kesalahan ini tidak bermaksud pemegang kad UNHCR dikecualikan daripada pematuhan terhadap peruntukan lain di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JIM diberi amanah melaksanakan pendaftaran pelarian dan pemohon suaka melalui Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

Katanya, pelaksanaan DPP bertujuan membolehkan kerajaan mempunyai data lebih menyeluruh dan teratur berkaitan keberadaan pelarian serta pemohon suaka di Malaysia.

“Sebarang keputusan berkaitan pengurusan pelarian ini adalah tertakluk kepada dasar yang ditentukan oleh MKN melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelarian dan Pemohon Suaka,” katanya.

Dalam pada itu, Zakaria berkata JIM kekal komited melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan imigresen secara tegas berlandaskan undang-undang serta dasar kerajaan yang ditetapkan.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat