KUALA LUMPUR- Adun-Adun pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan mungkin boleh membiasakan diri tanpa peruntukan seperti amalan Kerajaan Madani di peringkat Persekutuan.
Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, peruntukan sewajarnya disalurkan terus kepada rakyat seperti mana amalan lazim Madani di Persekutuan.
“Oleh kerana penubuhan kerajaan negeri di Negeri Sembilan tiada kaitan dengan semangat Kerajaan Madani di peringkat Persekutuan , elok juga kerajaan negeri mempertimbangkan untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kepada Adun-Adun pembangkang di Negeri Sembilan,
“Salurkan terus kepada rakyat sebagaimana amalan Madani di Pusat. Ok ke begitu? soal Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Fadhli malah yakin penyokong -penyokong PH akan beri sokongan padu terhadap cadangan ini.



