BN tidak berganjak tanding 21 dari 28 kerusi DUN Melaka- Ab Rauf

KUALA LUMPUR – Pe­ngerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan, BN kekal ber­tanding di semua 21 kerusi dan tiada kompromi mengenainya.

Ketika ditanya mengenai kerjasama yang bakal wujud dengan mana-mana parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu tidak lama lagi, Ab Rauf berkata, kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik BN akan menjadi garis sempadan perbincangan di antara parti itu dengan mana-mana parti lain.

“Kami tidak akan kompromi 21 kerusi kerana itu adalah garisan sempadan perbinca­ngan jika ada mana-mana parti ingin bekerjasama perkara ini mereka kena patuhi.

“Saya alu-alukan siapa hendak datang, tetapi asas perbi­ncangan mestilah berdasarkan kepada satu rasional yang cukup munasabah.

“Saya tidak boleh hendak menguruskan apa juga keputusan melainkan saya mendapat mandat daripada pihak Majlis Tertinggi Umno,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka lapor Utusan di Alor Gajah.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri berkata, pihaknya me­ngalu-alukan mana-mana pihak yang mahu mengadakan perbi­ncangan berkaitan kerjasama politik namun sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi (MKT) Umno yang akan bersidang malam ini.

Dalam pada itu, beliau me­nyi­fatkan pembubaran DUN Melaka sebagai diketahui umum malah memberi bayangan PRN boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Pilihan raya ini bila-bila masa sahaja. Tidak ada masalah, cuma tarikh itu saya belum dapat ilham,” katanya.

Beliau berkata enggan mendedahkan tarikh pembubaran DUN lebih awal kerana mahu mengekalkan elemen kejutan.

“Pembubaran itu saya akan buat bila waktu bubar. Kalau saya beritahu sekarang, tak ada thrill lah, buat apa,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat