TH tidak pernah abai atau tidak mengendahkan teguran dari Bank Negara – Irwan Siregar

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) tidak pernah mengabaikan teguran dan nasihat dari Bank Negara Malaysia (BNM) malah dalam laporan BNM menyebut, institusi mendengar nasihat berkenaan dan mengambil langkah perlu untuk menguatkan pengurusan kewangan TH.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata TH tidak pernah mengabaikan nasihat BNM dalam pengurusan institusi itu, termasuk ketika isu tentang kedudukan kewangan TH dan hibah bagi tahun 2017.

“Laporan Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan BNM pada 26 Januari 2016 dengan jelas menyatakan “In relation to Lembaga Tabung Haji, the institution has proactively taken appropriate measures to further strengthen its risk management practices, both on its own initiative and in response to earlier engagements with the Bank.

“Siapa kata Tabung Haji tak pernah berinteraksi atau jawab surat Bank Negara? Siapa kata? Menteri Agama masa membentang isu TH di Parlimen,” kata beliau ketika membentangkan pandangan dalam forum Musyawarah Nasional di ibu negara, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan mendedahkan di Parlimen bahawa BNM telah mengeluarkan lima siri surat amaran sejak tahun 2014 kepada Pengerusi TH dan Menteri Hal Ehwal Agama pada ketika itu namun surat peringatakan tersebut tidak diendahkan oleh kepimpinan TH.

Dr Zulkifli berkata demikian ketika sesi penerangan menteri mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di Dewan Rakyat pada 11 Ogos yang lalu.

Menurut Dr Irwan, persoalan yang timbul adakah TH mengambil peduli teguran dan surat dari BNM dan beliau berkata sebagai Ahli Lembaga TH pada masa itu, beliau sendiri meminta TH memberikan respon kepada BNM.

“Saya sendiri dalam Lembaga Tabung Haji saya masih ingat lagi, saya beritahu CEO, saya kata ada surat dari Bank Negara, ada teguran dan sebagainya, sila pergi bincang dengan Gabenor,” katanya.

Dalam pembentangan beliau, Dr Irwan turut menjelaskan bahawa pengisytiharan hibah TH pada 2017 dibuat selepas syarat yang diperuntukkan dalam undang-undang dipatuhi dan dilaksanakan.

“Seksyen 23(3) Akta Tabung Haji 1995 menetapkan tiada keuntungan boleh diagihkan atau diisytiharkan sebagai hibah melainkan rizab telah diwujudkan terlebih dahulu dan pada akhir tahun kewangan, aset kumpulan wang tidak kurang daripada jumlah liabilitinya,” katanya.

Syarat berkenaan amat penting kerana pengisytiharan hibah bukan keputusan yang boleh dibuat tanpa mengambil kira peraturan yang ada.

Penyata kewangan juga perlu mendapat kenyataan Bersih daripada Ketua Audit Negara sebelum pengisytiharan dibuat.

“Untuk hibah 2017, kedua-dua syarat itu sudah dipenuhi,” jelasnya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat