Bekas Ketua Jurulatih Hoki Malaysia Sarjit Singh meninggal dunia malam tadi

KUALA LUMPUR – Sukan hoki negara semalam telah kehilangan seorang tokoh besar apabila bekas pemain dan bekas ketua jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh meninggal dunia pada pukul 10 malam tadi, ketika berumur 63 tahun.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Cheras selepas berdepan masalah kesihatan.

Sarjit adalah antara pemain terbaik hoki yang pernah menyarung jersi negara. malah turut memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan hoki Malaysia ketika beliau berada dalam bidang kejurulatihan.

Beliau pernah membawa cabaran Malaysia pada Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992, selain membantu negara meraih pingat gangsa Sukan Asia di New Delhi 1982 dan Beijing 1990.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan tersayang mendiang Sarjit serta mendoakan agar mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi waktu sukar.

“Ucapan takziah kami yang tidak terhingga kepada keluarga dan insan tersayang, semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi waktu sukar ini.

“KHM akan sentiasa mengenang dedikasi, khidmat serta sumbangan mendiang terhadap perkembangan hoki Malaysia, sama ada sebagai pemain mahupun jurulatih,” kata KHM dalam satu kenyataan.

Dalam bidang kejurulatihan, Sarjit terlebih dahulu membimbing skuad kebangsaan pada 2007 hingga 2008 sebelum kembali memikul tanggungjawab sebagai ketua jurulatih negara dari Mac 2024 sehingga Mac 2026.

Pada tempoh terakhirnya bersama skuad kebangsaan, Sarjit membantu Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat pada kejohanan Kelayakan Piala Dunia di Ismailia, Mesir, Mac lalu.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat