Adakah dalam dunia ini agama yang mengajar ‘kebas’ tanah orang untuk buat rumah ibadat?- Maza tempelak Rayer jangan bakar sentimen kaum

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan rumah persendirian pun tidak boleh kita bina dengan menceroboh tanah orang lain, atau tanah awam.

Apatahlagi katanya, membina rumah ibadat agama. Adakah dalam dunia ini agama yang mengajar ‘kebas’ tanah orang untuk buat rumah ibadat? Jika tiada, jangan buat!

“Kita berada di negara yang ada undang-undang bukan di hutan rimba yang tanah tiada pemilik.

“Sepatutnya, Ahli Parlimen ini mengajar rakyat untuk mengikut undang-undang, bukan membina bangunan sesuka hati tanpa peraturan dan hak milik.

“Sia-sia menjadi ahli Parlimen jika begini mentaliti beliau. Orang seperti inilah yang menambahkan kebimbangan masyarakat Melayu-Muslim yang menjadi majoriti rakyat negara ini kepada sikap dan tindak tanduk mereka,” selar Dr Maza.

Tambah Mufti Perlis itu lagi, jika Rayer rasa kurang ‘bahagia’ dan seolah-olah tidak dilayan, beliau boleh lihat bagaimana masjid-masjid di negara India yang berusia ratusan tahun bahkan ada yang lebih 1,000 tahun dirobohkan atas alasan majoriti rakyat India tidak suka. Itu sahaja.

“Di Malaysia ini tidak demikian. Semua rakyat hidup aman. Betapa banyak kuil yang sah wujud. Tidak disentuh pun oleh majoriti rakyat negara ini.

“Islam itu harmoni dan menghormati hak, walaupun tidak bersetuju. Namun, Islam juga tidak membenarkan manusia merampas atau mengambil tanah pihak lain tanpa alasan yang sah. Juga, jangan sampai keharmonian dan penghormatan hak yang diberikan, menjadikan peluang untuk pihak lain melanggar peraturan, memijak tengkok pihak yang jujur dan memperlekehkan undang-undang.

“Apa yang berlaku di Perlis bagi saya tiada kaitan parti politik dan saya bukan pendukung mana-mana parti politik. Apa yang berlaku ialah pelaksanaan peraturan dan kedaulatan undang-undang.

“YB! Jangan bakar sentimen perkauman atau ketegangan agama. Buruk akibatnya nanti bagi negara ini,” bidas Maza.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat