Kertas Siasatan kemalangan melibatkan lori Imigresen akan diserahkan Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kemalangan maut yang melibatkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan kereta Proton Saga sehingga menyebabkan kematian akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk pendakwaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata keputusan dibuat selepas pihak pendakwaan meneliti kertas siasatan berkenaan.

“Selepas meneliti kertas siasatan, pihak pendakwaan mencadangkan supaya kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Unit Bahagian Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara Putrajaya.

“Kertas siasatan itu akan dibawa sendiri oleh Pendakwa Raya Negeri bersama pegawai penyiasat bagi tujuan sebarang pertuduhan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kedua-dua pemandu lori Imigresen dan kereta Proton Saga turut ditahan selama sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, permohonan reman terhadap kedua-dua pemandu hanya tempoh sehari dibenarkan.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi semalam, tiga daripada empat pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah lori Imigresen di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,

Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan difahamkan dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat