Dunia telefon pintar boleh berubah pantas, tetapi apabila persaingan mula dipamerkan secara terbuka di tengah-tengah Kuala Lumpur, ia menjadi lebih daripada sekadar perlumbaan spesifikasi.
Itulah yang dilakukan HONOR apabila mengambil alih ruang billboard di The Exchange TRX dan mengubahnya menjadi sebuah “Scoreboard” gergasi yang menampilkan kelebihan HONOR Magic V6 berbanding pesaing dalam kategori telefon boleh lipat.
Bukan sekadar kempen iklan biasa, paparan tersebut seolah-olah meletakkan HONOR Magic V6 dalam satu perlawanan terbuka, dengan empat “papan skor” yang mengetengahkan perkara yang menjadi perhatian utama pengguna foldable hari ini – ketahanan engsel, perlindungan air dan habuk, kapasiti bateri serta teknologi pengecasan pantas.
Pendekatan ini menarik kerana persaingan telefon boleh lipat kini tidak lagi hanya tertumpu kepada reka bentuk nipis atau skrin besar. Pengguna semakin melihat aspek yang lebih praktikal, terutama sejauh mana sebuah telefon foldable mampu bertahan dalam penggunaan harian.
Dalam aspek tersebut, HONOR Magic V6 hadir dengan Super Steel Hinge yang mempunyai kekuatan tegangan sehingga 2,800MPa. HONOR mendakwa engsel tersebut cukup kukuh untuk menarik sebuah pesawat, satu angka yang menggambarkan fokus syarikat terhadap ketahanan struktur telefon.
Ketahanan itu turut diperkukuhkan dengan perlindungan IP68 dan IP69 terhadap air serta habuk. HONOR menyifatkan Magic V6 sebagai telefon boleh lipat pertama yang menggabungkan kedua-dua tahap perlindungan tersebut, sekali gus membawa aspek ketahanan foldable ke tahap yang lebih tinggi.

Namun, satu lagi perkara yang mungkin lebih dekat dengan kehidupan pengguna ialah bateri.
HONOR Magic V6 dilengkapi bateri silicon-carbon berkapasiti 6,660mAh, yang didakwa sebagai kapasiti terbesar dalam kategori telefon pintar boleh lipat. Ia turut menyokong pengecasan berwayar 80W dan pengecasan tanpa wayar 66W.
Dengan kapasiti sebesar itu, fokusnya bukan sekadar memastikan telefon boleh bertahan lebih lama, tetapi memberikan lebih banyak kebebasan kepada pengguna yang bergantung kepada telefon untuk bekerja, berkomunikasi, menonton kandungan dan menjalankan pelbagai tugasan sepanjang hari.
Menariknya, HONOR turut membawa pendekatan nilai yang lebih agresif dalam pasaran foldable. Magic V6 ditawarkan bermula RM7,699, manakala promosi trade-in yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2026 menawarkan rebat RM400 kepada pelanggan yang menukar peranti lama, tertakluk kepada terma dan syarat.
Pembeli juga menerima pakej perlindungan yang merangkumi 1-Year Worry-Free Crack Protection dan 2-Year Worry-Free Quality Assurance bernilai RM2,198.
Kesemua ini menjadikan kempen “Scoreboard” di TRX bukan sekadar usaha menarik perhatian orang ramai. Ia merupakan satu kenyataan daripada HONOR bahawa telefon boleh lipat tidak semestinya perlu mengorbankan ketahanan, kapasiti bateri atau nilai untuk mendapatkan pengalaman premium.
Dengan menjadikan TRX sebagai pentas persaingan, HONOR Magic V6 secara tidak langsung mengajak pengguna melihat semula apa yang sepatutnya menjadi ukuran sebuah telefon foldable moden.
Kerana dalam permainan telefon boleh lipat hari ini, rupa mungkin menarik perhatian pada pandangan pertama. Tetapi bateri yang besar, engsel yang tahan lasak, perlindungan air dan habuk serta pengecasan pantas yang benar-benar boleh digunakan setiap hari itulah perkara yang menentukan sama ada sebuah foldable mampu bertahan lama dalam kehidupan penggunanya.



