Pas, sekutu keluar dewan buktikan pengorbanan bela Umno, maklumlah demi cinta yang dirujuk semula – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Ibrahim Ali menempelak sikap pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes kepada perbahasan Siasatan Diraja Tabung Haji (TH) sebagai drama politik kebudak-budakan.

Ibrahim mendakwa, tindakan pembangkang Pas dan sekutu sejiwanya adalah mahu tunjuk dan buktikan betapa besar pengorbanannya membela BN-Umno kerana RCI TH melibatkan pemimpin-pemimpin Umno.

“Justeru itu, Umno akan terkenang budinya kepada Pas dan sekutu sejiwanya, maklumlah yang terlibat dalam penyelewengan pendedahan RCI TH adalah pemimpin-pwmimpin dari Umno.

“Mereka bersedia bersama demi cinta yang dirujuk semula walaupun janda ini dah lakukan macam-macam hal.

“Berhentilah main drama politik yang melebih-lebih. Belalah rakyat dan tegakkanlah kebenaran. Allah Maha Mengetahui,” tegur beliau.

Menurut Ibrahim, mudah sahaja untuk difahami mengapa pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai protes perbahasan RCI TH.

“Alasannya Perdana Meneteri sendiri mesti bentang laporan RCI dan menjawab segala persoalan hasil dari perbahasan.

“Apakah tanpa kehadiran Perdana Menetri yang menjalani rawatan perlu/wajib hadir atau Sidang Dewan wajar ditangguhkan? Bukankan kerajaan ditadbir oleh Kabinet dan ada dua Timbalan Perdana Menteri serta berpuluh ahli Kabinet? Bukankah urusan kerajaan adalah tanggungjawab kolektif anggota Kabinet? Perbahasan direkod dan boleh dirujuk. PM boleh mengikuti perbahasan melalui online atau siaran TV.

“Apa masaalah sebenarnya? Menurut hemat saya, ini semua drama politik yang tidak matang, kebudak-budakkan atau gelisah kerana ianya memberi kelebihan kepada kerajaan sebab isu RCI Tabung Haji ini adalah zaman pemerintahan BN,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat