Penyeleweng, perosak imej Tabung Haji harus berdepan tindakan tegas, tidak wajar lagi berada dalam organisasi awam – Amirudin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) menegaska, siapa pun yang bertanggungjawab dalam penyelewengan dan kerosakan imej Tabung Haji (TH) harus diambil tindakan tegas dan mereka ini tidak lagi wajar duduk di public office (organisasi awam).

“Saya merasakan bahawa ada keperluan untuk kita secara solidariti bersama seluruh ahli dewan untuk memastikan siapa pun yang bertanggungjawab harus diambil tindakan tegas dan mereka ini tidak lagi wajar duduk di public office.

“Kerana orang itu telah menyebabkan berbilion duit ringgit habis dan pada masa sama juga telah menyebabkan imej satu institusi yang diilhamkan oleh intelektual besar Malaysia, Profesor Diraja Ungku Aziz yang kemudian dihormati seluruh dunia tercalar dan rosak reputasinya dan sangat mencalarkan imej .

“Bukan hanya perasaan umat Islam pendeposit tetapi imej negara secara keseluruhan,” katanya ketika sidang khas RCI Tabung Haji di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menteri Besar Selangor itu membidas lagi, katanya setelah institusi ini menjadi porak peranda dan kacau bilau, ada usaha pula untuk menutup dengan kreatif akaun.

“Penutupan dengan kreatif akaun ini menggunakan wang pendeposit. Duit masyarakat dan duit rakyat yang menabung untuk pergi haji.

“Kemudian untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan terpaksa berhutang pula sebanyak RM27.5 bilion melalui sukuk yang diterbitkan sehingga tahun 2029.

“Jadi isunya sangat menjalar dan besar dan saya kira ini merupakan gabungan dan rantaian yang bukan hanya satu kes Tabung Haji per say kegagalan mereka mengisytiharkan kebenaran tentang apakah kedudukan akaun mereka ataupun tentang pelaburan dan keputusan-keputusan yang salah.

“Tetapi ia telah mengheret negara, imej nasional, imej ummah dan kesemua pihak yang terlibat dan wajar diambil tindakan secara berjemaah. Saya bukan ingin menuduh mana mana parti,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat