Bersatu bertanding lawan PN, lepas ini mahu terhegeh-hegeh pula? – Takiyuddin

KUALA LUMPUR- Perikatan Nasional (PN) menjelaskan kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung keanggotaan Bersatu tergugur daripada PN itu perlu dilihat dari sudut moral politik.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia terdapat dua sudut iaitu dari segi moral politik dan juga undang-undang.

“Moralnya apabila Bersatu bertanding lawan PN, apakah mereka masih mahu duduk bersama PN? Jika dilihat sudut moral politik seolah-olah mereka sudah tidak mahu.

“Takkan lepas ini mahu terhegeh-hegeh pula,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Muktamar Tahunan Pas Kali ke-72, di Kota Bharu lapor BH Kelantan.

Jelas Takiyuddin, PN tidak pernah membuat keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menyingkirkan Bersatu.

“Namun secara tiba-tiba pimpinan parti mereka membuat keputusan untuk menggunakan logo sendiri kerana mungkin berpandangan akan mendapat sokongan dan membentuk kerajaan,” katanya.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, keahlian Bersatu dalam gabungan PN terlucut secara automatik selepas Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan gabungan baharu.

Pengerusi PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam bagaimanapun berkata, Bersatu masih kekal dalam gabungan PN.

Ahmad Samsuri berkata, kedudukan itu tidak berubah meskipun terdapat pemimpin Bersatu dilaporkan mempertikaikan keabsahan kepimpinan jawatankuasa PN kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat