Ramai masuk Umno selepas PRN Negeri Sembilan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan sambutan luar biasa ahli Umno selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut Asyraf, kebanyakan ahli baharu Umno terdiri daripada anak-anak muda antara umur 18 hingga 25 tahun.

“Luar biasa sambutan pendaftaran keahlian Umno secara atas talian selepas PRN Negeri Sembilan ni.

“Kebanyakannya adalah anak-anak muda antara umur 18 hingga 25 tahun.

“Buat yang berminat boleh layari laman keahlian Umno di https://myumno.org/,” katanya.

Penyertaan paling tinggi melibatkan kategori Pemuda Umno 10,080 ahli baharu; ahli biasa seramai 4,156; Puteri Umno 2,288 manakala Wanita seramai 2,126 ahli baharu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat