SEREMBAN – Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menempelak kempen propaganda ancaman DAP yang diguna pakai parti lawan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sehingga menewaskan kempen politik berasasakan prestasi yang dibawa PH.
Susulan itu, Khalid akui kecewa apabila kempen prestasi yang diangkat PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dipandang remeh oleh pengundi negeri itu.
“Bagi Amanah, saya inggin menyatakan kekecewaan kerana kempen PH yang berasaskan prestasi tidak mendapat sambutan bahkan persoalan prestasi dilihat remeh.
“Apa yang menjadi isu yang terbesar ialah isu politik identiti di mana persoalan Melayu untuk menghadapi khususnya DAP – dikatakan menteri besar juga dalam tangan DAP, Yang di-Pertuan Besar dalam tangan DAP dan ini menyebabkan orang Melayu mengundi berdasarkan sentimen takut kepada ancaman DAP dan persoalan prestasi itu menjadi persoalan yang langsung tidak diberikan perhatian.
“Bagi Amanah kami akan memberika tekanan kepada persoalan prestasi untuk ubah minda orang Melayu bukan persoalan kaum.
“Kita berhujah panjang lebar tentang prestasi tapi Umno, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hanya menjawab dengan DAP jadi, ini sangat mengecewakan,” keluh beliau.


