Kemunculan Hamzah, Abu Bakar bukti wujud ‘grand design’ singkir Muhyiddin – Marzuki

KUALA LUMPUR– Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad mendakwa kemunculan Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Abu Bakar Hamzah dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengukuhkan dakwaannya bahawa krisis politik di Perlis merupakan sebahagian daripada “grand design” untuk menyingkirkan Muhyiddin daripada kepimpinan Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU.

Dalam hantaran di Facebook, Marzuki mendakwa isu Perlis bukan sekadar pertukaran Menteri Besar, sebaliknya menjadi titik permulaan kepada gerakan yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN.

Menurut beliau, matlamat sebenar krisis itu bukanlah Perlis, sebaliknya membuka laluan kepada Hamzah mengambil alih kepimpinan BERSATU dan PN.

“Negeri kecil tetapi ibarat Waterloo untuk BERSATU. Bukan kerana Perlis, tetapi kerana krisis Perlis sesuai dengan grand design untuk menyingkirkan Muhyiddin daripada BERSATU dan PN,” tulisnya.

Marzuki turut mendakwa selepas krisis Perlis tercetus, beberapa Ahli Parlimen PAS dan Ahli Parlimen BERSATU yang didakwa menyokong Hamzah telah mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN sehingga beliau akhirnya berundur.

Beliau juga mendakwa PAS menggunakan isu Perlis untuk memberi tekanan kepada BERSATU, termasuk mengeluarkan ultimatum dan memutuskan hubungan politik dengan parti itu.

Tulisan tersebut dimuat naik bersama sekeping gambar yang memaparkan Hamzah duduk semeja dengan Abu Bakar ketika berkempen dalam PRN Negeri Sembilan. Abu Bakar sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU selepas dilantik sebagai Menteri Besar Perlis bagi memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut Marzuki, kemunculan Hamzah dan Abu Bakar bersama di pentas kempen menimbulkan persoalan mengenai perubahan hubungan politik dalam PN. Beliau mempersoalkan bagaimana Hamzah dan PAS kini boleh menerima Abu Bakar sebagai rakan seperjuangan, sedangkan beliau sebelum ini merupakan individu yang dituduh PAS mengkhianati parti itu dalam krisis pelantikan Menteri Besar Perlis dengan sokongan Muhyiddin.

Bagi Marzuki, perkembangan tersebut menguatkan lagi dakwaannya bahawa sasaran sebenar krisis Perlis bukanlah Abu Bakar, sebaliknya Muhyiddin sendiri. Beliau mendakwa sebaik Muhyiddin disingkirkan daripada jawatan Pengerusi PN, individu yang sebelum ini dituduh mengkhianati PAS kini kembali diterima dan turun berkempen bersama kepimpinan tertinggi gabungan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat