Mesyuarat Khas DKU petang ini langgar perintah mahkamah – Peguam

SEREMBAN – Peguam yang mewakili plaintif dalam tindakan undang-undang membabitkan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) membantah secara rasmi cadangan mengadakan Mesyuarat Khas DKU pada petang ini dengan mendakwa ia bertentangan dengan Perintah Mahkamah Tinggi Seremban bertarikh 5 Jun 2026.

Bantahan itu dikemukakan menerusi surat bertarikh 31 Julai 2026 daripada firma guaman Deidra Sharina & Co. kepada firma Tetuan Halim & Ismail yang mewakili pihak defendan (DKU) dalam saman berkenaan.

Surat tersebut turut disalinkan kepada beberapa pihak termasuk Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Menurut surat itu, peguam plaintif merujuk kepada Perintah Mahkamah Tinggi Seremban yang didakwa menghalang plaintif daripada “mengadakan, memanggil, mengendalikan, menjalankan, meneruskan, menghadiri atau menyertai apa-apa mesyuarat” Dewan Keadilan dan Undang sehingga prosiding dan sebarang perintah lanjut diputuskan oleh mahkamah.

Firma guaman itu turut mendakwa bahawa Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang telah mengeluarkan notis bertarikh 30 Julai 2026 bagi memanggil Mesyuarat Khas DKU yang dijadual berlangsung pada jam 4 petang, 31 Julai 2026 di Istana Besar Seri Menanti.

Sehubungan itu, mereka menyatakan bantahan keras terhadap penganjuran mesyuarat tersebut dan menegaskan bahawa anak guam mereka tidak boleh menghadirinya kerana terikat dengan perintah mahkamah.

Dalam surat berkenaan, peguam plaintif turut berhujah bahawa tanpa kehadiran anak guam mereka, Mesyuarat Khas DKU tidak dapat dibentuk secara sah kerana gagal memenuhi syarat kuorum sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 20 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Mereka seterusnya mendakwa sebarang keputusan, pelantikan atau tindakan yang dibuat melalui mesyuarat itu adalah tidak sah (ultra vires).

Firma guaman tersebut turut menyatakan bahawa pihak mereka menyimpan sepenuhnya hak untuk mencabar dan membatalkan apa-apa keputusan atau pelantikan yang dibuat hasil daripada mesyuarat berkenaan melalui saluran undang-undang.

Surat itu merupakan perkembangan terbaharu dalam pertikaian yang melibatkan institusi Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, yang sejak beberapa bulan lalu menyaksikan beberapa tindakan mahkamah berhubung kesahan pelantikan dan keanggotaan badan tersebut.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan balas daripada pihak defendan atau Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat