SIKAMAT – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keyakinan kepada kaum Cina dan India bahawa persefahaman yang dijalin antara BN dan Perikatan Nasional (PN) ini tidak akan sesekali melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Mahdzir malah membuat penegasan persefahaman BN-PN tidak akan sesekali melupakan kaum lain, apatah lagi bertindak menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Rendah Cina (SJKC).
“Percayalah, percayalah kepada rakan-rakan kita daripada kaum Cina, kaum India, dan kaum-kaum yang lain bahawa tidak kita (BN-PN) langgar Perlembagaan yang dah ada.
“Kita tidak langgar Perlembagaan yang dah ada. Perlembagaan negara sebut Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tapi kaum-kaum lain boleh mengamalkan agama mereka masing-masing. Tak ada masalah, don’t worry.
“Yang keduanya, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu kekal Bahasa Kebangsaan, ini dipersetujui oleh semua kaum dan yang ketiganya, mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Ada sembilan Raja dekat dekat Malaysia ni, ada sembilan Tuanku Sultan dekat Malaysia ni.
“Dan yang keempatnya adalah hak istimewa Bumiputera dan Melayu. Empat perkara ini ada dalam Perlembagaan. Juga tidak melupakan kaum yang lain.
“Saya bekas Menteri Pelajaran, sekolah SJKT ada 580 buah dalam negara Sekolah ni tidak boleh ditutup. SJKT sekolah Tamil tak boleh ditutup walaupun last sekali tinggal 5 orang. 5 orang tak boleh tutup! Selagi ibu bapa itu tak tak bagi tandatangan nak tutup sekolah, SJKT sekolah Tamil tidak boleh ditutup. Melainkan lima-lima keluarga ni kata, “Datuk Seri, kami pun tak boleh tahan, kami mahu tutup ini sekolah.” Dia sign itu surat, baru boleh tutup. 580. Cikgu tetap 9 orang, budak-budak 5 orang. Budak… Cikgu tetap 9, Guru Besar seorang, 8 guru.
“Sekolah SJKC ada 1,200 buah. 1,200 manakala sekolah kebangsaan ada lebih kurang, masa saya jadi menteri dulu saya ingat dalam dekat 5,000… Sekolah Kebangsaan ada 5,000, 1,200 SJKC, 580 SJKT. Maknanya tuan-tuan dan puan-puan, itu dah ada dalam negara kita. Itu dari merdeka Almarhum Tunku Abdul Rahman kata, “pergilah belajar sekolah kebangsaan atas mother tongue, atas atas bahasa masing-masing.” Maka kekal hingga hari ini dan kerajaan pun tak ambil apa-apa masalah walaupun macam-macam pandangan ada, kemudian barulah datang ke sekolah menengah,” jelas Mahdzir.
Menurut beliau, maknanya ketetapan ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia tidak berubah.
“Kita dah ada benda ni, kita dah lalui. Cuma apabila datang kepada kumpulan ekstrem, kumpulan Pelampau, kadang-kadang mereka nak lebih luar daripada Perlembagaan. Tak boleh! Tak boleh!
“Tapi mereka marah kepada kerajaan kalau kerajaan tak nak bagi yang di luar daripada Perlembagaan. Sebab itu kita katakan bahawa kita nak kepada entiti politik yang kita boleh menentukan apa benda yang kita nak buat tanpa menjejaskan Perlembagaan,” katanya ketika berucap dalam ceramah umum Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Sikamat malam tadi.


