Menangkan calon PN dan BN di Negeri Sembilan demi menjayakan penyatuan ummah – Annuar Musa

SEREMBAN – Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Muafakat Nasional (MN) menyeru seluruh ahli, penyokong dan pendukung MN di seluruh negara agar bersama-sama menjayakan usaha memperkukuhkan perpaduan ummah.

Bahkan bagi memastikan kemenangan kepada pihak yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa justeru berkata, MN
menyeru agar semua ahli, penyokong dan pendukung mengadakan Solat Hajat di kawasan masing-masing bagi memohon keberkatan, pertolongan dan petunjuk daripada Allah SWT agar usaha penyatuan ummah dipermudahkan serta dikurniakan kejayaan.

“Turun ke Negeri Sembilan mengikut kemampuan masing-masing bagi membantu gerak kerja kempen dan pilihan raya calon-calon PN dan Barisan Nasional (BN) melalui tenaga, kepakaran, pengalaman serta sokongan yang dapat disumbangkan.

“Juga memberikan sokongan dan memusatkan undi kepada calon-calon PN dan BN sebagai manifestasi komitmen terhadap agenda penyatuan ummah, kestabilan politik serta masa depan negara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu, sejak penubuhannya, Muafakat Nasional Malaysia (MN-NGO) konsisten menjadikan penyatuan ummah sebagai teras perjuangannya.

“Justeru, menjadi hasrat dan cita-cita MN untuk melihat parti-parti politik Melayu-Islam, khususnya Pas dan Umno, kembali bertaawun serta bekerjasama dalam semangat permuafakatan demi memperkukuh kestabilan politik, memperkasa ummah dan membina sebuah Malaysia yang aman, harmoni, sejahtera serta berkebajikan.

“Alhamdulillah, usaha ke arah penyatuan ini mula menunjukkan perkembangan yang positif di Negeri Sembilan.

“MN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemimpin yang telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menjayakan persefahaman serta kerjasama antara PN dan BN di negeri ini.

“MN berpandangan bahawa perpaduan dan kesatuan dalam kalangan umat Islam merupakan asas penting untuk menjamin kestabilan politik, memperkukuh pentadbiran negara serta memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“MN yakin bahawa semangat kerjasama, ukhuwah dan permuafakatan yang berteraskan kepentingan agma, bangsa dan negara merupakan landasan terbaik untuk membina sebuah Malaysia yang lebih stabil, harmoni, makmur dan sejahtera.

“Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dan mengurniakan kejayaan kepada perjuangan yang berasaskan penyatuan, keadilan dan kesejahteraan rakyat,” ujar Annuar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat