Saya bukan lari dari Sikamat tapi ingin berbakti kepada penduduk DUN Linggi pula – MB Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menjelaskan tindakannya berpindah kerusi ditandinginya dari DUN Sikamat ke DUN Linggi pada pertarungan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.

Menurut Aminuddin, beliau bukannya lari dari Sikamat sebaliknya memilih untuk berbakti kepada DUN Linggi pula.

“Saya bukan lari dari Sikamat.

“Saya ke Linggi atas kehendak saya. Ingin berbakti kepada penduduk DUN Linggi.

“Jika Allah izinkan kemenangan, saya akan bekerja keras, lebih lagi untuk penduduk di DUN Linggi,” jelas Aminuddin.

Menurut Aminuddin, empat penggal beliau di Sikamat. Dari seorang Adun Pembangkang, sampai menjadi Menteri Besar pun beliau masih di Sikamat.

“Tahun 2008. Sikamat yang sudi memenangkan saya. Kerjaya saya politik mula di sana. Susah, lelah saya penduduk Sikamat yang tahu. Ofis atas kedai, dari simple-simple je, kini lebih baik rupa dia.

“Dulu, semasa peruntukan pembangkang terhad, macam macam cara kami cari duit untuk mendapatkan bantuan untuk penduduk di sana. Yang bersama sama susah senang saya sendiri tahu bagaimana kami sama sama cari dana, buat program untuk penduduk di sana.

“Di Sikamat, saya bersilaturrahim dengan ramai orang, dari hubungan Adun dan rakyat, sekarang rapat kami macam keluarga. Setiap kali pulang mengadakan program bersama rakyat Sikamat, rasa macam pulang ke kampung sendiri. Semua keluarga saya. Keluarga saya pun dah selesa dengan penduduk Sikamat. Isteri dan anak-anak saya pun dah biasa dengan orang Sikamat. Begitulah saya dan Sikamat.

“Malam ini, ada sedikit majlis kesyukuran dan doa selamat. Diadakan di rumah kawan saya, yang paling awal, menerima dan menyambut saya di Sikamat, Arwah Cikgu Badaruddin dan keluarga. Saya doakan arwah dicucuri rahmat Allah, dikurniakan syurga.

“Saya pass baton bertanding di kerusi Sikamat buat Ustaz Norazman. Saya dah pesan, jaga Sikamat. Saya sayang Sikamat. Terima kasih Sikamat,” ucap Aminuddin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat