Perjalanan ini hampir rampas masa, nama baik dan masa depan tapi tidak pernah merampas kepercayaan saya terhadap Malaysia – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sangat bersyukur apabila dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pendakwaan.

“Alhamdulillah. Hari ini, mahkamah tertinggi negara telah membuat keputusan. Pembebasan saya kekal.

“Tetapi hari ini bukan sekadar tentang kebebasan saya. Ini tentang satu prinsip bahawa kebenaran mesti dipertahankan, walaupun harga yang perlu dibayar sangat mahal.

“Lebih 6 tahun saya melalui proses ini. Saya tidak lari, saya tidak menangguh bahkan saya tidak minta layanan istimewa.

“Mengapa? Kerana saya percaya Malaysia mesti dipimpin oleh mereka yang sanggup kehilangan kedudukan demi prinsip, bukan menjual prinsip demi kedudukan.

“Saya boleh memilih jalan yang lebih mudah. Saya boleh berdiam diri. Saya boleh tunduk. Tetapi kalau kita sendiri menyerah ketika diuji, bagaimana kita mahu meminta rakyat terus percaya kepada negara ini?

“Saya melawan bukan kerana saya membenci sesiapa. Saya melawan kerana saya terlalu mencintai Malaysia.

“Perjalanan ini hampir merampas banyak daripada saya….masa, nama baik dan masa depan. Tetapi ia tidak pernah merampas kepercayaan saya terhadap Malaysia.

“Terima kasih kepada Mama dan Abuyah, yang menanggung kesakitan ini bersama saya dalam diam. Kepada keluarga, tunang saya, pasukan guaman, sahabat-sahabat, rakyat Muar dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti mendoakan saya, terima kasih,” ucap Saddiq.

Tambah beliau lagi, perjalanan ini mengajar saya bahawa kuasa itu sementara. Jawatan itu sementara.

“Tetapi prinsip, maruah dan khidmat itulah yang kita tinggalkan kepada generasi seterusnya.

“Hari ini bukan hari untuk membalas dendam. Saya keluar dari mahkamah bukan dengan kebencian, tetapi dengan tanggungjawab yang lebih besar.

“Selepas ini, saya terus ke Parlimen, kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang saya.

“It has always been Malaysia first. Dulu, sekarang dan selamanya,” tegas Saddiq.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat