Puad jangka BN akan kalah di Rengit, sokongan beralih kepada PH

KUALA LUMPUR – Bekas Adun Rengit Datuk Puad Zarkashi menjangkakan pengundi di DUN itu akan membenamkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung esok.

Puad yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, beliau yakin dengan gelombang sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi petanda positif bakal berlakunya kebangkitan di Rengit.

“Alhamdulillah “Grand Finale N25 Rengit” malam tadi di perkampungan Orang Asli Bumiputera menandakan akan berlaku kebangkitan di Rengit.

“Saya yakin masyarakat orang asli jadi titik tolak BN kali pertama akan tewas di DUN Rengit. Kehadiran masyarakat Orang Asli malam tadi sekitar 1,000 orang tidak termasuk penyokong daripada kampung berdekatan. Ini berdasarkan pendaftaran Orang Asli yang hadir.

“Alhamdulillah PMX berjanji akan memberi perhatian kepada beberapa isu yang mereka bangkitkan secara spontan iaitu isu pengambilan balik tanah untuk tapak perumahan Orang Asli dan juga tambahan kepada lot kedai untuk orang asli berniaga barang barang terpakai.

“Nampak BN goyang apabila kubu mereka selama ini telah ditembusi.

“Difahamkan MB Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi akan datang petang ini untuk bilas grand finale malam tadi. BN mula goyah,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat