Logik jika Bersatu tanding banyak kerusi sebab ini PRN Johor bukannya Kelantan, Terengganu – Tun Faisal

KUALA LUMPUR – Logik jika Bersatu tanding lebih banyak kerusi kerana ini Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bukan Kelantan atau Terengganu.

Ini lebih baik daripada langsung tidak menyertai PRN Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau bagaimanapun berkata, persiapan Perikatan Nasional (PN) menuju PRN Johor diatur agak lambat.

“Persiapan PN untuk PRN Johor agak lambat.

“Sepatutnya Mesyuarat persiapan, rundingan kerusi dan ‘electoral pact’ perlu dibuat jauh lebih awal. Sebaiknya selepas DUN bubar sudah dipanggil Mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan selepas itu mesyuarat-mesyuarat susulan.

“Di Negeri Sembilan panggilan untuk mesyuarat-mesyuarat berkaitan perlu dibuat. Urusan-urusan berkaitan PRN Negeri Sembilan, termasuk Pengerusi PN Negeri Sembilan perlu disegerakan,” gesa beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat