Jeneral PH Johor kenapa tidak bertanding, senanglah kerja hantar anak buah saja – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda Umno Hafiz Ariffin mempersoal taktikal jeneral-jeneral perang Pakatan Harapan (PH) Johor yang tidak menjadi calon untuk merebut kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sebaliknya kata Hafiz, PH hanya menghantar anak-anak buah untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Ada satu perkara yang saya betul-betul hairan selepas pengumuman calon PH semalam. Mana jeneral-jeneral perang negeri mereka— PKR, Amanah, DAP.

“Mana Pengerusi PH – YB Aminolhuda Hassan? Kenapa dia tak bertanding memimpin barisan hadapan? Takkan anak buah je? Sebab beliau kan Pengurusi PH Johor dan dia jugalah yang paling lantang sekali yang berdegar-degar bercakap kononnya nak kuburkan Umno, nak kebumikan BN buat kali kedua di Johor tapi bila masa umumkan calon nama dia langsung tak tersenarai dia hantar orang lain pula lawan.

“Daripada PKR, Dr. Zaliha, DAP Teo Nie Ching takkan hantar anak buah je, kalau dia betul-betul yakinlah dengan segala yang diucapkan selama ni kenapa tak turun tanding sendiri? Pimpinlah pasukan dari barisan ke depan.

“Sebab di Johor, pasukan pemimpin utama BN mereka turun sendiri ke gelanggang mereka sendiri bertanding antaranya Pengurusi BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, dia bertanding. Pengurusi MIC Johor bertanding begitu juga Timbalan dan juga setiausaha Perhubungan Negeri MCA turun bertanding

“Jeneral-Jeneral kami semua berada di medan hadapan bersama dengan pasukan, Jadi kenapa jeneral-jeneral negeri mereka tak tawarkan diri kepada pengundi untuk memimpin dalam PRN ini ataupun lebih senang sebenarnya jadi pengulas politik daripada jadi calon yang perlu diuji oleh rakyat.

“Senanglah kan macam tu jadi semua duduk dekat Pusat hanya lontarkan saja persoalan dan akhirnya orang lain yang baru-baru itu semua yang kena buat kerja, apapun selamat maju jaya jumpa di lapangan 27 nanti,” kata Hafiz.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat